August 25, 2011

~The 11th Hour~

Assalamualaikum w.b.t.....di contengan ni, aq ingin bkongsi kisah psl someone..a stranger...a guy..a Muslim... A man who decides to change at 12th dies on 11th...it's kinda tragic...n it's kinda magic...

There's moment in our lives, when reason fails. The world rallies against us. It is at this moment that we discovered the most about ourselves. Those fleeting seconds, if we decided to change our lives. It is really sad however, that the man who decided to change his life on the twelfth hours dies on eleventh. Until recently, my life seems to be residing towards the eleventh hour....
Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others.  
You still got a lot of life ahead of you, man. Don't waste it doing the wrong things. And what's worse is ended up doing the wrong thing. -Ahmad the Rebel- 

Hidup ni terlalu banyak yang kita rancang, terlalu banyak yang kita inginkan dan terlalu banyak persinggahannya sehingga kita terlupa ke mana hala tuju kita sebenarnya, apa yang kita inginkan sebenarnya dan yang paling penting apa erti hidup kita sebenarnya.

Di sini, aku mula melangkah kaki, merangka perjalanan, mencorak peta laluan dan aku memerlukan ilmu dan amal sebagai bekal di kala berjuang supaya tak tersasar dari landasan.  Sebagai pedoman, sebagai renungan, sebagai penyuluh di kala kelam....The 11th Hour....=)

Xlupa jugak....kredit buat Hlovate for Contengan Jalanan - u lead me to be 'baik'...=) 


May Allah bless...Amin ^_^

August 24, 2011

~Usia Aisyah r.a ketika Berkahwin~

Assalamualaikum semua~ ya..ya, bertemu lagi kita di papan contengan ini dengan tajuk yang lebih gempak.....Berapa usia Aisyah r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah S.A.W? Haaa....mcm mana boleh timbul isu ne? Sebab aq da muak dengar budak2 yg xkenal dengan Islam dok sibuk menambah dosa dengan menghina Nabi kita! Nauzubillah...disebabkan itu, aq pon buat research dan inilah hasil yg aku dapat di mlm ini.....jom share sama2...=)


Aisyah r.a. merupakan anak kepada Abu Bakar As-Sidiq hasil perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Umm Ruman. Beliau merupakan isteri ke-3 Nabi s.a.w dan merupakan satu-satunya isteri yang dikahwini Nabi ketika masih perawan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan tinggi daya fahamannya serta banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


KRONOLOGI ASAL MENGIKUT SEJARAH:



570 M - Nabi lahir.
610 M - Nabi diangkat menjadi Rasul.
**614 M - Aisyah lahir.
619 M - Khadijah r.a meninggal dunia.
**620 M - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
622 M - Hijrah ke Madinah.
**623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
632 M / 10 H - Nabi wafat.
672 M / 50 H - Aisyah r.a. meninggal dunia.


Menurut sejarah, Aisyah r.a. lahir pada 614M, berusia 6 tahun (620M) ketika dipinang Nabi, 9 tahun (623-624M) ketika tinggal bersama Nabi, 18 tahun (632M / 10H) ketika Nabi wafat, dan meninggal dunia ketika berusia 58 tahun (672M / 50H).



HUJAH 1 : SUMBER HADIS



Hadis-hadis di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nisa’I and Ibn Majah mencatatkan bahawa Aisyah menikah ketika berumur 6 tahun dan tinggal bersama Nabi ketika berumur 9 tahun.


Namun, kesemua hadis tersebut menggunakan riwayat daripada Hisham dalam perkara ini. Hisham adalah cucu kepada Asma (kakak Aisyah). Hisham banyak mendapat maklumat daripada bapanya, Urwah.


Kebanyakan ulamak seperti Ajurri, Uqayli, Abu al-Aswad and Imam Malik mengatakan bahawa semua riwayat daripada Hisham daripada bapanya berkaitan Aisyah tidak boleh dipercayai, kerana semuanya riwayat tersebut berasal dari Iraq.


Yaqub ibn Abi Shaybah, Ibn Kharash dan Imam Malik, Ajurri, Uqayli dan Abu al-Aswad, semua bersepakat bahawa riwayat Hisham dari Iraq tidak boleh dipercayai, kerana langsung tidak pernah diketahui oleh ulamak-ulamak Madinah.


Imam Malik dan Imam al-Shafie mengatakan: 'Setiap riwayat yang tiada sumber dari Hijaz tiada asasnya, dan tidak boleh dipercayai'.


Tehzibu’l-Tehzib, salah satu buku yang cukup terkenal yang berisi catatan para periwayat hadis, menurut Yaqub ibn Shaibah mencatat : ”Hisham sangat boleh dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah berpindah ke Iraq” (Tehzi’bu’l-tehzi’b, Ibn Hajar Al-`asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, 15th century. Vol 11, p.50).


Sebagai makluman, Hisham tinggal di Madinah dan berpindah ke Iraq ketika berusia 71 tahun.


Dalam pernyataan lebih lanjut bahawa Malik ibn Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq: ”Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq” Tehzi’b u’l-tehzi’b, IbnHajar Al- `asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, Vol.11, p. 50).


Mizanu’l-ai`tidal, buku lain yang berisi uraian riwayat hidup pada periwayat hadis Nabi s.a.w mencatat: “Ketika masa tua, ingatan Hisham mengalami kemunduran yang teruk” (Mizanu’l-ai`tidal, Al-Zahbi, Al-Maktabatu’l-athriyyah, Sheikhupura, Pakistan, Vol. 4, p. 301)


Jadi, kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aisyah berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulamak Madinah, maka ianya tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sihah Sitah.


Ulamak-ulamak hadis amat berhati-hati dengan hadis dari Iraq, kerana banyak direka-reka dan diseleweng oleh puak Syiah. Puak Syiah amat membenci Aisyah r.a dan tidak mustahil mereka mengubahsuai hadis atau mereka-reka hadis berkaitan umur Aisyah untuk memalukan beliau.


Satu-satunya riwayat bukan dari Iraq ialah riwayat Muhammad ibn Shihab al-Zuhri dengan matan yang sama, juga dengan sanad dari bapa Hisham, Urwah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samaada al-Zuhri mendengar sendiri dari Urwah. Ibn Hajar dalam menghuraikan al-Bukhari, mengatakan:


“Tiada bukti bahawa Muhammad ibn Shihab sendiri berjumpa Urwah secara langsung, namun dibuktikan bahawa beliau ada mendapat maklumat dari sumber yang lain, lebih dari Urwah."


KESIMPULAN: Semua hadis berkaitan perkahwinan Aisyah hanya bersumber dari satu sumber sahaja iaitu Hisham ibn Urwah di Iraq, dan tidak pernah diketahui oleh ulamak Madinah. Kebanyakan ulamak hadis menolak riwayat Hisham yang berasal dari Iraq.




HUJAH 2 : PEMINANGAN AISYAH



Menurut Tabari (juga menurut Hisham ibn `Urwah, Ibn Hunbal and Ibn Sad), Aisyah dipinang pada usia 7 tahun dan mulai berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada usia 9 tahun.


Tetapi, di bahagian lain, Al-Tabari mengatakan: “Semua anak Abu Bakr (4 orang) dilahirkan pada masa jahiliyah dari 2 isterinya.” (Tarikhu’l-umam wa’l-mamlu’k, Al-Tabari (died 922), Vol. 4,p. 50, Arabic, Dara’l-fikr, Beirut, 1979).


Jika Aisyah dipinang pada 620M (Aisyah umur 7 tahun) dan berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada tahun 623/624M (usia 9 tahun), ini bererti bahawa Aisyah dilahirkan pada 613M (selepas zaman jahiliah). Al-Tabari bercanggah dalam penulisannya sendiri, bahawa Aisyah sepatutnya dilahirkan ketika zaman jahiliah, iaitu sebelum tahun 610M.


Jika kita tetap mengunapakai penyataan Al-Tabari bahawa Aisyah memang lahir di zaman jahiliah iaitu sebelum 610M, ertinya Aisyah ketika tinggal bersama Nabi mesti paling kurang telah berusia 13 tahun, bukannya 9 tahun.

KESIMPULAN: Periwayatan Al-Tabari mengenai umur Aisyah adalah tidak konsisten.


HUJAH 3 : UMUR AISYAH BERBANDING KAKAKNYA ASMA

Menurut Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d: "Asma lebih tua 10 tahun dibanding Aisyah"(Siyar A`la’ma’l-nubala’, Al-Zahabi, Vol. 2, p. 289, Arabic, Mu’assasatu’l-risalah, Beirut, 1992).

Menurut Ibn Kathir: “Asma lebih tua 10 tahun dari adiknya [Aisyah]” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, IbnKathir, Vol. 8, p. 371,Dar al-fikr al-`arabi, Al-jizah, 1933).

Menurut Ibn Kathir: “Asma melihat pembunuhan anaknya pada tahun 73 H, dan 5 hari kemudian Asma meninggal. Menurut riwayat lainya, dia meninggal 10 atau 20 hari kemudian, atau beberapa hari lebih dari 20 hari, atau 100 hari kemudian. Riwayat yang paling kuat adalah 100 hari kemudian. Pada waktu Asma Meninggal, dia berusia 100 tahun” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol. 8, p. 372, Dar al-fikr al-`arabi, Al- jizah, 1933)

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani: “Asma hidup sampai 100 tahun dan meninggal pada 73 atau 74 H.” (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani,p. 654, Arabic, Bab fi’l-nisa’, al-harfu’l-alif, Lucknow).

Menurut sebahagian besar ahli sejarah, Asma, saudara tertua Aisyah, berbeza umur sebanyak 10 tahun. Jika Asma wafat pada usia 100 tahun iaitu tanggal 73 H / 695M, Asma seharusnya berusia 27 ketika hijrah (622M).

Jika Asma berusia 27 ketika hijrah (622M), Aisyah pula seharusnya berusia 17 tahun ketika hijrah kerana beza umur mereka 10 tahun. Dan mengikut kronologi asal diatas, Aisyah mula tinggal bersama-sama Nabi s.a.w pada tahun 623-624M/2H sekaligus membuktikan Aisyah berusia 19 atau 20 tahun ketika mula tinggal serumah bersama Nabi s.a.w., dan bukannya 9 tahun.

Berdasarkan Hajar, Ibn Katir, and Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d, terbukti usia Aisyah ketika beliau berumah tangga dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.



KESIMPULAN AKHIR

Berdasarkan hujah-hujah ilmiah dan percanggahan fakta sejarah yang dibincangkan di atas, maka berikut adalah kronologi yang lebih tepat bagi menggambarkan tahun dan umur Aisyah r.a ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w:

570 M - Nabi lahir.
**605 M - Aisyah lahir.
610 M - Nabi diangkat menjadi Rasul.
619 M - Khadijah r.a meninggal dunia.
**620 M - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
622 M - Hijrah ke Madinah.
**623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
632 M / 10 H - Nabi wafat.
672 M / 50 H - Aisyah r.a. meninggal dunia.

Dengan kata lain, sepatutnya kronologi yang menepati fakta sejarah adalah Aisyah r.a. lahir pada 605M, dipinang Rasulullah pada 620M ketika berusia 15 tahun, berkahwin pada 623-624M/2H ketika berusia 19 tahun dan wafat pada 50H/672M pada usia 67 tahun.


So, dah dpt dah ilmu berkenaan usia Aisyah r.a ni?? Xcukup lagi ka?? hurm...naa, law nak lebih info yang lebih lengkap dan padat Klik Di Sini...=)

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

Renung-renungkan dan selamat beramal...salam mengejar Lailatul Qadar..=) 

August 23, 2011

~ Solat Tarawih ~



Assalamualaikum semua..apa khabar? Diharapkn semuanya sihat belaka n sibuk mgandakn amal ibadah ya..bkn mgandakn bilgn balang kuih raya jak..huhu, n way..nk kongsi sket....


Situasi td : Alamak...cmna nk pegi surau ne?? Jauh..jln gelap, nk ujan g..xda kwn pulak...hurm..melepas la pahala nk buat trawih... Kalau la bole wat sendiri kn best, eh...sapa ckp xble wat sndri kan..tp, bole ka wat sndri??


Haaaaaaaaa...d sbbkn situasi di atas blaku, aq dgn pantasnya m'google'kn lap ku n cari info sal solat tarawih ne...now, da dpt..alhamdulillah...meh kta baca ama2 ya...



Mengerjakan Solat Tarawih Menurut Sunnah Nabi


Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Padanya terdapat malam lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.


Pada bulan Ramadan ini jugalah Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Inilah bulan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1898.


Selanjutnya baginda bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1899.


Oleh itu, amat rugi sekiranya amalan ibadah yang kita kerjakan pada bulan yang mulia ini tidak diterima oleh Allah kerana tidak menepati kehendak-Nya. Untuk memastikan segala amal ibadah kita di terima oleh Allah, ia perlu memenuhi dua syarat utama, iaitu:


1. Amal ibadah hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah. Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah tidak bercampur dengan unsur syirik dan khurafat.


2. Amal ibadah itu juga hendaklah dikerjakan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w yang sahih. Haram sama sekali mencampur-adukkan ibadah dengan perkara bid’ah.



Solat tarawih merupakan satu sunnah yang amat dituntut bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakannya pada malam bulan Ramadan. Sabda baginda : “Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.


Berikut adalah tatacara mengerjakan solat tarawih menurut sunnah Nabi s.a.w. :

1. Waktu untuk mengerjakan solat tarawih.



Solat tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam pada bulan Ramadan, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling afdal untuk dilaksanakan solat tarawih adalah sepertiga malam yang terakhir, iaitu bermula dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145



2. Jumlah rakaat solat tarawih.

Cara mengerjakan qiyam Ramadan ini adalah sama dengan qiamullail. Ia boleh dilakukan dengan dua rakaat dua rakaat dan ia tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir. Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jilid 22, muka surat 272:


“Mengenai solat qiyam Ramadan (solat tarawih), Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya. Apabila Umar r.a mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat tarawih secara berjemaah yang diimami oleh Ubai bin Ka’ab r.a, dia (Ubai) telah melaksanakannya bersama mereka sebanyak 20 rakaat kemudian diikuti solat witir tiga rakaat. Beliau melakukan begitu sambil meringankan bacaan al-Quran selari dengan kadar penambahan rakaat supaya ia lebih ringan (tidak terlalu panjang solatnya) berbanding solat satu rakaat yang dipanjangkan rakaatnya. Setelah itu sebahagian generasi salaf melaksanakan solat tarawih sebanyak 40 rakaat diikuti solat witir sebanyak tiga rakaat. Sebahagian yang lain melaksanakannya sebanyak 36 rakaat diiuti tiga rakaat witir. Semua ini memang telah berlaku. Oleh itu, sesiapa sahaja yang beribadah pada malam Ramadan dengan apa sahaja jumlah rakaat, dia dikira telah berbuat kebaikan.


3. Solat tarawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian.



Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda pernah mengerjakan solat tarawih ini secara berjemaah bersama para sahabat baginda pada beberapa malam. Kemudian baginda meninggalkannya lalu solat tarawih tersebut didirikan secara bersendirian kerana takut ianya akan diwajibkan. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a: Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersolat pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 1129

So, dah tbukti la yg solat tarawih ne ble d buat scra bsendirian tp sbaiknya buatlah scra bjemaah ya...nak info yg lengkap?? Sila klik di SINI....=)


Kongsi-kongsikan dan selamat beramal..=)

August 21, 2011

~kontang~

Assalamualaikum semua..d hrpkn smua sehat jak ya~ law xsehat pndai2 la g jumpa dktor~ huhu~ Nway, tajuk en3 ari ne : KONTANG..means, aku kekontangan idea tuk d post.. Tataw la, sejak bbrpa ari ne (act. 2 ari jak) aq rasa malas smcam jak (mcm tiap ari pulak uda)..n aq pon tataw pa puncanya.

Well, spatutnya mgu trakhir ne kta kna pbanyakkn amal ibadah kn..yela, mgu mlm lailatul qadar ne~ tp, aq rasa mcm makin byk wat dosa ada la..huhu~ Terok tul la aq ne~ niat laen, buat laen~ Susahnya nk jd baik..huhu~


Susah nak jd baik, actually depends ngan definisi "baik" tu kn, what is "baik"? Well, baik means patuh kpd arahan Allah n mjauhi semua larangan-Nya. Jadi, bila sum1 solat tp masih x btdung, means dia blum ckup baik..wen sum1 solat tp dia xreti jaga pkataannya, duk nyakitkn ati org laen..dia blum ckup baik.. Berubah menjadi baik~easy too say but hard to practice, sbb tu kna istiqamah.. 
"You'll never reach the perfection because there's always room for improvement. Yet, along the way youll learn to get better."
Something yg dah biasa kta lakukn, yg dah kra jd flesh n bones..bkn sng nk tgalkn. Yes, indeed..but, bila kta istiqamah..bla kta stiasa mngingati-Nya.. Insya Allah, nothing is impossible even things easier said than done~



Aq dah melalut buat quote..ntahpapantah da tu.. Yg pastinya skang ne, aq try pujuk dri aq sndri, brubah ke arah yg lbh baik is not a crime, brubah ke arah yg lbh baik is not easy, brubah ke arah yg lbh baik is not impossible..cuz Allah tlah bfirman :
Tidaklah Aku mguji hamba-hamba Ku lbih dr apa yg mampu d tanggunginya. 
So, aq kna kuat, aq kna tabah, aq kna istiqamah n aq kna yakin pd dri sndri, pd Dia yg stiasa mgawasiku, yg stiasa mmerhatiku...aq kna brubah..change for good is not a crime~~

August 20, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Assalamualaikum WBT n Bismillahiramnirahim.. :)

Ha! Ehe. (Tekejutka?) Ahiii. Tgok Tajuk Pun Memang Ngam La ngan aku yang Bebelog Tp Xda Folower.. Ada Juga la Tp Ciput Je.. Ok la kan Dr xda.. Hehehe.. Thanxx.. Ok now ! Saya Dpt segment ni Pun Dr Akak Pye yg cumil =) yang Suggest ! Meh Join Join .. Menambah Ilmu n Kenalan.. Okeh! :) *p/s : akak Pye aq men copy-paste jak ne..ngeh3 (mud malas ne..) =p




Haa! Tujuan Segmen ini Pula Tuk Menambahkan Follower2 Kite ( yang 500 ke Bwah ) Yang Memang sedikit jumlah nyeee.. hihihih.. Ehe.. Beside that Kita bley La Bteman Tapi Mesra Ngan Bloger Bloger len kan? hoho.. Org Ckap Tuk Memeriahkn Suasana And Mnambahkan ilmu Pengetahuan kita :) Kan Kan Kan??

Dengan Itu Syarat Syarat Penyertaan Yalahhhh :

  1. follower Blog Ini 
  2. copy BANNER di atas 
  3. Then Paste Kan Ke Dalam Entri Korang Yang Bertajuk Segmen Promosi Blog (500 Follower ke bawah)
  4. Di dalam Entri itu Haruslah Ada :
                 Nama : Aku Vee
                 Hobi : BerBlog.. Fb.. Jejalan.. Mengacau owg (xcept owg utan)
    
    5. Dah Siap Tinggalkan LINK korang ke entri Ini. Senang kan?

    6. TAG kenkawan Yang len.. Pastikan Drg Pun Tawww kaw kaw!! 
Okeh!! Tinkiu Tinkiu.. Chayo Chayo! Babaiii :)

August 18, 2011

~Keep Your Promise : to who??~

Assalamualaikum dan salam 18 Ramadhan semua...=) Diharap semuanya sehat-sehat belaka. Sejak sahur shga la pukul 7 lebih td, bumi KK ini dilimpahi dengan air rahmat dr allah S.W.T. Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya xda la terasa panas sangat cuaca hari ni. Tp, mesti ada yg merungut pagi2 kan...ala, cmna nk pegi keja ne? Ujan lebat pulak..abes la basah bju cantik aku ne.. Haaa, ingt ya, tu tanda-tanda awal tidak mensyukuri nikmat yg diberi taw..segera la beristighfar ya kwn2..

Okey, contengan ari ne tertaip...bkn terconteng ya..huhu, tertaip kerana aku ter'view' satu video yang bertajuk "Keep Your Promise"..dlm ati da rasa mcm ada smthng interesting ne, bla tgok simbol mamy pregnant di awal video tu prasaan ingin tahu tu smakin kuat pulak..hihihi, so..aku pon view jak la, bknnya batal posa pon.. Bla view, kuarlah ayat demi ayat yg mnerangkn bhwa video itu dalah slh stu kempen untuk mgalakkn umat mnusia ini  mberi plindungan kepada mamy2 yg pregnant khususnya di Ireland..aku tpkir la, napa mamy2 ne perlu plindungan pulak? Bknkah SUAMI/HUSBAND adalah pelindung yg dicipta khas untuk mereka?


Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged 15 – 19 in low-income countries - one of the many facts that young people are not aware of.

Ayat kempen tsebut dah cukup jelas tuk terangkn napa kempen plindungan ini dijalankan...isk3, umur 15-19 tu..aku masih jd student lg.. bdn pon kecik g (skang da gumok pulak).. Tapi yg betul2 mnarik ati aku, benih masalah sbnrnya da bercambah di dlm ngra kita yg diuar-uarkan sbg ngra ISLAM.. Jgnkn ngra, dkt area aku tgal ne pon da penah kecoh kes mamy pregnant without nikah ne..lebih teruk g, saudara Islam jg.. Tfikir sejenak..ini salah satu tanda kiamat semakin menghampiri ka? Astaghfirullah..takut den nk fikir lg..


Nafsu merupakan musuh batin yang hanya ketara menerusi pandangan "mata hati". Namun nafsu sentiasa bertarung dengan akal untuk menguasai hati. Musuh ini lebih licik daripada musuh dalam selimut. Nafsu satu-satunya musuh yang boleh berada dalam diri dan hati kita sendiri. Maka mengapa kita tidak serius terhadap ancaman "virus hati" yang bernama nafsu ini? Bukankah nafsu yang mencengkam hati dan kehidupan kita?            -Pahrol Mohd. Juoi


Teringat petikan kata-kata editor SOLUSI isu no.25, betul..setiap apa yg kta lakukan sentiasa ditemani nafsu krn nafsu itu ada dlm dri kta, bahkan dlm hati kta jua. Kehendak nafsu wlaupun sgt merosakkn tetapi sgt kta sukai. Apabila sesuatu itu sgt kta cintai, kita akan mjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.

Sayangnya agenda melawan nafsu ini jarang diuar-uarkn. Agenda ini tenggelam di tengah-tengah tempik-sorak-kecaman-marah-demonstrasi terhadap Yahudi dan Nasrani. Sepatutnya program melawan nafsu mesti menjadi agenda besar dan utama dalam usaha membina kekuatan ummah. Tdk akn tbina tamadun rohaniah bahkan tamadun material skalipun jika nafsu terus bmharajalela dlm diri umat kita. 

Btyalah pd diri, apakah pd hari smlm-hari ini-esok..aku mlwan atau mgikut nafsuku? Apakah aku mcintai nafsu atau mncintai Allah? Dan dgr pringtn dr Allah ini sbg motivasi diri :
 "Dan ada pun org yg takut kpd kbsaran Tuhannya n mnahan diri drpd nafsunya, maka sguh syurgalah tmpt tinggalnya". (Surah al-Naziat 79:40-41)

August 16, 2011

"1Kampus.com Saya mahu duit raya! Yeah!"

~ting ~tong
pengumuman..pengumuman
dengan ini saya selaku pemegang mohor besar Raja-raja mengisytiharkan

 "1Kampus.com Saya mahu duit raya! Yeah!"


Gempak seh~ huhuhuhu~

eherm! Assalamulaikum semua..hihihi, blog aq ne bru brusia kurang dr smgu.. Di sebabkn itu, aq malu la nak pomot n invite owg lain spy follow aq (mmg xda bnda nk d follow pon)..huhu, n way...aq da lama trima e-mel ne...dr 1kampus.com tp aq abaikn jak sbb masa tu xtrasa nak join pon..tp ntah napa ari ne aq rasa semangat gla!!! nk pomot sal 1kampus.com ni...=p

Actually, aq pon tataw sgt sal 1kampus.com ni, so aq p join la..n ~ COOL ~ hihihi, betol...it's kinda like fb la..kta leh kumpul-sembang-kutok-bincang-gadoh-perang mulut la kat site tu...mmg best, leh add new friend n da most important it's more about education, yelah..da nma pon kampus..mesti bnda2 yg berilmu kn... Law sembang-kutok-pa kenama suma tu bkn sbb ilmu, wat dosa jak taw..kna2 g tem bln Ramadan...leh batal posa, ngeri x ngeri?? Ngeri~~

Eh, ada lg 1 sbb npa aq mnat stay2 kat site 1kampus.com, sbb...moderator dia cute...hihihi (jan ctaw dia k..huhu) betol la..xtipu..cute ne...mata bulat2, putih, xsenyum tp comel (angau tahap gaban dah)..hihihi

So, sesapa yg rasa diri kurg berilmu, ataw ilmu dah ada tp kurg beramal, boleh jadi beramal selalu tp tanpa ilmu (kritikal dah tu..bleh sesat)..sila-sila join 1kampus.com..kt situ kta leh kongsi-tapis-terima-simpan-amalkn ilmu yg baik bsama....benda baik tak kan jadi sia-sia..kan2...

Hayati 'kuasa dan keajaiban' ilmu. Buka minda dan jiwa anda kepada pembelajaran sepanjang hayat. Ia adalah satu proses mematangkan anda supaya menjadi lebih 'manusia'. Adakalanya ia menjadi sangat sukar apabila pengalaman yang anda tempuhi 'berlawanan' dengan kepercayaan dan prinsip hidup anda ~ "Belajar Seumur Hidup" - Fadzli Mohd. Yusof


August 15, 2011

~5 Years 5 Months~

Salam n monink allz...eh, da nak msuk afternun mode pulak...huhuhu, well..aq kt uma da.. bru jak blek keja... pelik?? aku pon pelik gak..keja jenis pa yg owez half-day ne..?? P.M pon keja almost 24hours ooo...huhuhuh, pa2 jak la...yg penting, i'm enjoying my new job!

Anyway, aku sbnrnya menconteng lg bkn bab keja..tp, td aq bru start melayan novel lama Hlovate~5 tahun 5 bulan....da lama beli tp bru da masa nk baca (pd hal mmg malas nk mbca)...whatever...huhu, tp kan aq rasa mcm sumthing terpelanting la 4m da bottom of my heart...apa kah itu??? i got no answer...it's kinda weird.. everytime aq bca novel Hlovate..mmg feeling ne yg akan mlonjak-myerbu-myerang benak ku..n i still don't hav da answer...=p

Ne laaa...novel 5 years 5 months tu.....^_^


Well2...bia aq ceta sket la sal novel Hlovate ne kan..jalan ceta dia best, klakar, boleh wat angau macam mat bunga (law aq minah bunga la), ble wat hangin stu bdan (xmasuk kpala nti kna drh tgi pulak), ble jd penyuluh di kala kelam (except blackout, SESB n TNB jak ble handle tu), and...ble jadi penguat semangat (tapi bukan macam part ngangkung tu la..tu bnda luar alam)...simple said : I love Hlovate~ hihihi =)

But, aq kdg2 ada rasa xbkenan...napa suma ceta Hlovate ne watak2 dia kaya? Then mesti dapat study overseas...Aberdeen la yg feymes...and then mesti kawen awal...huhuhu, xcept ceta c Najwa in Schubert's Serenade la..mybe sbb tu cerpen jer...if not, mesti kawen-awal-hepy-ending pya version gak.. Bkn pa, tp tu la...it's make me a little envy the characters la... Bg aq la (yg xpena khatam buat novel sndri since form 2) it's better if kta put some reality in fantasy. Yelah, bkn suma bdk dlm Malaysia ne dilahirkn kaya+genius tahap dewa-dewi tu kn.. Betul, it's not impossible..but dat one yg x impossible tu la yg plg susah tuk jd possible..hihihi, ada gaya merapu sudah ka aq ne..at least wujudkn la watak yg sderhana (mcm c Jade dlm Rooftop Rant)...


Pa per je lah...yg penting, aq nak gak jd peymes mcm Hlovate ne..mybe more la..huhuhu, sdgkn Imam al-Bukhari pon da pesan..
"Jika menginginkan sesuatu dari Allah, mintalah syurga Firdaus kerana itulah syurga yang tertinggi darjatnya"

Means, kta kna ada big ambition la..(bkn big mouth smata).. X slh mgimpikn sesuatu yg sukar dicapai, as long kta xputus asa n stiasa ingt pd-Nya...kan2... So, xslh jgk Hlovate buat style ceta kaya-genius-kawen muda pya version..itu cara dia..n cara aku..tgu novel aq siaplah...hihihi (ntah, siap ka jugak...)

Okey allz...sampai ketemu di papan yg laen..renung-renungkan (ntah apa yg nak ditenung)..n slmat beramal....salam Ramadhan..=)

August 14, 2011

~Contengan pertama~

Salam Ramadhan al-Mubarak, tak sangka ya..sedar xsedar..dah 14 hari kta bpuasa..bagi yg complete 14 ari tu..alhamdulillah n tahniah buat anda, yg xcomplete tu harap2 bersebab la ya..n jan lupa replace lak..

N way, diz is my 3rd blog..huhuhu, tamak gla ne..bukan pa..pes time wat blog..it's more like my diary, so kena keep in secret la..2nd time wat blog..more bout work..so, rasa xbest lak if combine-campur-masukkn evry story in dat blog...so, becoz of dat today..i create a new blog...my own blog..my own contengan-merapu-yg-xble-trima-akal-n-logika pya version..huhuhu =p

Actually, da big secret behind the creation of diz blog is~~ 

Someone said : Don't IMITATE! Just CREATE! 
and i said : Things easier said than done......huuuuu T_T

Becoz of dat, aku try la create diz blog first..maybe i can learn something thru diz..new thing shud be something..isn't it? huhuhu..merapu uda.. tadi, aku try buat novel versi cerpen-merapu-kalah-ikan kerapu. Tapi, bru smpai bab 3, idea da overloaded, d sbbkn itu..aku pun stop la n pegi view2 blog org lain..huhuhu, sudden aku tringat la ma my fevret writer~Hlovate.. dah lama xjenguk blog dia, bila view2 tu kan..aku terasa jeles la pulak..hihi, it's a normal thing ka?? Org lain wat blog, nice to see, gud to read..but aku wat blog, mcm nice to see nice to hold, once broken consider sold..eh, tu version supermarket pulak.. aku rasa consider broken jak pun blog ne..huhuhu, ntah pa2 uda melalut..

Well, before aku tambah merapu dan jadi  ikan kerapu...aku nak selitkan la sedikit ayat2 cinta dari Hamka..just as a reminder..sebagai pemanis bicara, penguat semangat dan mungkin juga sebagai pedoman di kala kelam...salam beribadah semua...assalamualaikum...=)
(*mat sungkai kpd bdk2 sabah, kejap g kan...=p)

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. 

Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. 

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. 

Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. 

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'
 

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.