August 24, 2011

~Usia Aisyah r.a ketika Berkahwin~

Assalamualaikum semua~ ya..ya, bertemu lagi kita di papan contengan ini dengan tajuk yang lebih gempak.....Berapa usia Aisyah r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah S.A.W? Haaa....mcm mana boleh timbul isu ne? Sebab aq da muak dengar budak2 yg xkenal dengan Islam dok sibuk menambah dosa dengan menghina Nabi kita! Nauzubillah...disebabkan itu, aq pon buat research dan inilah hasil yg aku dapat di mlm ini.....jom share sama2...=)


Aisyah r.a. merupakan anak kepada Abu Bakar As-Sidiq hasil perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Umm Ruman. Beliau merupakan isteri ke-3 Nabi s.a.w dan merupakan satu-satunya isteri yang dikahwini Nabi ketika masih perawan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan tinggi daya fahamannya serta banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


KRONOLOGI ASAL MENGIKUT SEJARAH:



570 M - Nabi lahir.
610 M - Nabi diangkat menjadi Rasul.
**614 M - Aisyah lahir.
619 M - Khadijah r.a meninggal dunia.
**620 M - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
622 M - Hijrah ke Madinah.
**623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
632 M / 10 H - Nabi wafat.
672 M / 50 H - Aisyah r.a. meninggal dunia.


Menurut sejarah, Aisyah r.a. lahir pada 614M, berusia 6 tahun (620M) ketika dipinang Nabi, 9 tahun (623-624M) ketika tinggal bersama Nabi, 18 tahun (632M / 10H) ketika Nabi wafat, dan meninggal dunia ketika berusia 58 tahun (672M / 50H).



HUJAH 1 : SUMBER HADIS



Hadis-hadis di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nisa’I and Ibn Majah mencatatkan bahawa Aisyah menikah ketika berumur 6 tahun dan tinggal bersama Nabi ketika berumur 9 tahun.


Namun, kesemua hadis tersebut menggunakan riwayat daripada Hisham dalam perkara ini. Hisham adalah cucu kepada Asma (kakak Aisyah). Hisham banyak mendapat maklumat daripada bapanya, Urwah.


Kebanyakan ulamak seperti Ajurri, Uqayli, Abu al-Aswad and Imam Malik mengatakan bahawa semua riwayat daripada Hisham daripada bapanya berkaitan Aisyah tidak boleh dipercayai, kerana semuanya riwayat tersebut berasal dari Iraq.


Yaqub ibn Abi Shaybah, Ibn Kharash dan Imam Malik, Ajurri, Uqayli dan Abu al-Aswad, semua bersepakat bahawa riwayat Hisham dari Iraq tidak boleh dipercayai, kerana langsung tidak pernah diketahui oleh ulamak-ulamak Madinah.


Imam Malik dan Imam al-Shafie mengatakan: 'Setiap riwayat yang tiada sumber dari Hijaz tiada asasnya, dan tidak boleh dipercayai'.


Tehzibu’l-Tehzib, salah satu buku yang cukup terkenal yang berisi catatan para periwayat hadis, menurut Yaqub ibn Shaibah mencatat : ”Hisham sangat boleh dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah berpindah ke Iraq” (Tehzi’bu’l-tehzi’b, Ibn Hajar Al-`asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, 15th century. Vol 11, p.50).


Sebagai makluman, Hisham tinggal di Madinah dan berpindah ke Iraq ketika berusia 71 tahun.


Dalam pernyataan lebih lanjut bahawa Malik ibn Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq: ”Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq” Tehzi’b u’l-tehzi’b, IbnHajar Al- `asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, Vol.11, p. 50).


Mizanu’l-ai`tidal, buku lain yang berisi uraian riwayat hidup pada periwayat hadis Nabi s.a.w mencatat: “Ketika masa tua, ingatan Hisham mengalami kemunduran yang teruk” (Mizanu’l-ai`tidal, Al-Zahbi, Al-Maktabatu’l-athriyyah, Sheikhupura, Pakistan, Vol. 4, p. 301)


Jadi, kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aisyah berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulamak Madinah, maka ianya tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sihah Sitah.


Ulamak-ulamak hadis amat berhati-hati dengan hadis dari Iraq, kerana banyak direka-reka dan diseleweng oleh puak Syiah. Puak Syiah amat membenci Aisyah r.a dan tidak mustahil mereka mengubahsuai hadis atau mereka-reka hadis berkaitan umur Aisyah untuk memalukan beliau.


Satu-satunya riwayat bukan dari Iraq ialah riwayat Muhammad ibn Shihab al-Zuhri dengan matan yang sama, juga dengan sanad dari bapa Hisham, Urwah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samaada al-Zuhri mendengar sendiri dari Urwah. Ibn Hajar dalam menghuraikan al-Bukhari, mengatakan:


“Tiada bukti bahawa Muhammad ibn Shihab sendiri berjumpa Urwah secara langsung, namun dibuktikan bahawa beliau ada mendapat maklumat dari sumber yang lain, lebih dari Urwah."


KESIMPULAN: Semua hadis berkaitan perkahwinan Aisyah hanya bersumber dari satu sumber sahaja iaitu Hisham ibn Urwah di Iraq, dan tidak pernah diketahui oleh ulamak Madinah. Kebanyakan ulamak hadis menolak riwayat Hisham yang berasal dari Iraq.




HUJAH 2 : PEMINANGAN AISYAH



Menurut Tabari (juga menurut Hisham ibn `Urwah, Ibn Hunbal and Ibn Sad), Aisyah dipinang pada usia 7 tahun dan mulai berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada usia 9 tahun.


Tetapi, di bahagian lain, Al-Tabari mengatakan: “Semua anak Abu Bakr (4 orang) dilahirkan pada masa jahiliyah dari 2 isterinya.” (Tarikhu’l-umam wa’l-mamlu’k, Al-Tabari (died 922), Vol. 4,p. 50, Arabic, Dara’l-fikr, Beirut, 1979).


Jika Aisyah dipinang pada 620M (Aisyah umur 7 tahun) dan berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada tahun 623/624M (usia 9 tahun), ini bererti bahawa Aisyah dilahirkan pada 613M (selepas zaman jahiliah). Al-Tabari bercanggah dalam penulisannya sendiri, bahawa Aisyah sepatutnya dilahirkan ketika zaman jahiliah, iaitu sebelum tahun 610M.


Jika kita tetap mengunapakai penyataan Al-Tabari bahawa Aisyah memang lahir di zaman jahiliah iaitu sebelum 610M, ertinya Aisyah ketika tinggal bersama Nabi mesti paling kurang telah berusia 13 tahun, bukannya 9 tahun.

KESIMPULAN: Periwayatan Al-Tabari mengenai umur Aisyah adalah tidak konsisten.


HUJAH 3 : UMUR AISYAH BERBANDING KAKAKNYA ASMA

Menurut Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d: "Asma lebih tua 10 tahun dibanding Aisyah"(Siyar A`la’ma’l-nubala’, Al-Zahabi, Vol. 2, p. 289, Arabic, Mu’assasatu’l-risalah, Beirut, 1992).

Menurut Ibn Kathir: “Asma lebih tua 10 tahun dari adiknya [Aisyah]” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, IbnKathir, Vol. 8, p. 371,Dar al-fikr al-`arabi, Al-jizah, 1933).

Menurut Ibn Kathir: “Asma melihat pembunuhan anaknya pada tahun 73 H, dan 5 hari kemudian Asma meninggal. Menurut riwayat lainya, dia meninggal 10 atau 20 hari kemudian, atau beberapa hari lebih dari 20 hari, atau 100 hari kemudian. Riwayat yang paling kuat adalah 100 hari kemudian. Pada waktu Asma Meninggal, dia berusia 100 tahun” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol. 8, p. 372, Dar al-fikr al-`arabi, Al- jizah, 1933)

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani: “Asma hidup sampai 100 tahun dan meninggal pada 73 atau 74 H.” (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani,p. 654, Arabic, Bab fi’l-nisa’, al-harfu’l-alif, Lucknow).

Menurut sebahagian besar ahli sejarah, Asma, saudara tertua Aisyah, berbeza umur sebanyak 10 tahun. Jika Asma wafat pada usia 100 tahun iaitu tanggal 73 H / 695M, Asma seharusnya berusia 27 ketika hijrah (622M).

Jika Asma berusia 27 ketika hijrah (622M), Aisyah pula seharusnya berusia 17 tahun ketika hijrah kerana beza umur mereka 10 tahun. Dan mengikut kronologi asal diatas, Aisyah mula tinggal bersama-sama Nabi s.a.w pada tahun 623-624M/2H sekaligus membuktikan Aisyah berusia 19 atau 20 tahun ketika mula tinggal serumah bersama Nabi s.a.w., dan bukannya 9 tahun.

Berdasarkan Hajar, Ibn Katir, and Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d, terbukti usia Aisyah ketika beliau berumah tangga dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.



KESIMPULAN AKHIR

Berdasarkan hujah-hujah ilmiah dan percanggahan fakta sejarah yang dibincangkan di atas, maka berikut adalah kronologi yang lebih tepat bagi menggambarkan tahun dan umur Aisyah r.a ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w:

570 M - Nabi lahir.
**605 M - Aisyah lahir.
610 M - Nabi diangkat menjadi Rasul.
619 M - Khadijah r.a meninggal dunia.
**620 M - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
622 M - Hijrah ke Madinah.
**623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
632 M / 10 H - Nabi wafat.
672 M / 50 H - Aisyah r.a. meninggal dunia.

Dengan kata lain, sepatutnya kronologi yang menepati fakta sejarah adalah Aisyah r.a. lahir pada 605M, dipinang Rasulullah pada 620M ketika berusia 15 tahun, berkahwin pada 623-624M/2H ketika berusia 19 tahun dan wafat pada 50H/672M pada usia 67 tahun.


So, dah dpt dah ilmu berkenaan usia Aisyah r.a ni?? Xcukup lagi ka?? hurm...naa, law nak lebih info yang lebih lengkap dan padat Klik Di Sini...=)

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

Renung-renungkan dan selamat beramal...salam mengejar Lailatul Qadar..=) 

No comments:

Post a Comment