December 31, 2011

Ayam masak merah versi aku! ^^

Salam semua~ ritu kan aq da test satu resepi dr blog ne..Ayam Masak Merah Wangi...tapi masalahnya tem tu bahan2 x complete lak, then x sama sgtla dgn resepi tu..tp hasilnya, MARVELOUS!! Bg aq la..hihi, my baby pon kata sedap gilak...so, aq ingt nk share kt sini..spy next time aq bleh masak lg..hihihihi^^

Ne ayam still dalam kuali..^^


Bahan-bahannya:

~ 2 chicken breast (x sampai 2 gak aq masak)
~ 3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih ( dikisar halus tp aq kisar tak halus gak..)
~ 1 batang serai
~ 1 batang kulit kayu manis
~ 2 sudu besar sos cili Life (aq suka sos cili Life..hehe)
~ 1 biji kentang (dihiris nipis)
~ garam, asam jawa dan air secukupnya


Cara-caranya:

1. Gaul ayam dengan asam jawa dan garam. (Jangan letak asam banyak sangat nanti digoreng ayam jadi hitam.) Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, aq guna blender sebab tak da lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dipotong dua, kentang uyamg telah dipotong kecil dan sedikit air. Biarkan kentang lembut baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa. Boleh letak ajinomoto sedikit nak tambahkan perisa. Bila dah yakin sedap dan ayam dah masak, api boleh la dimatikan. Hidangkan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng atau apa-apa yang anda nak. Selamat mencuba..huhu ^^.




Ne pic ayam setelah masak...huhu^^




No comments:

Post a Comment