Assalamualaikum w.b.t.
Setelah lebih setahun meninggalkan aktiviti blogging yg mmg x seberapa dibuat ne, hari ne hatiku terdetik untuk menconteng semula..bukan sekadar ingin mewarna blog, atau mencuri pandangan blogger lain..tapi kerna tak tahu ingin mencurah kepada siapa..ya, mmg yg terbaik kepadaNYA, tapi tak salah juga if berkongsi rasa meski tak pasti jika ada yang ikut merasa..
Aku dah bergelar seorang mamy, dah lebih 7 bulan..baby boy yang comel dan nakal..kerjaku kini hanya seorang suri rumah, sepenuh masa okay..dari pagi ke petang, bersambung ke malam..dan esok pagi..kerja yg berterusan betul-betul menguji diri ini..bukan sekadar tenaga, mental pon teruji sama..
Suamiku berkerja di HKL, sebagai PPK..dengan gaji yang tak seberapa, hidup di kota yang mewah ini, terasa sangat sempit meniti hari-hari yang mendatang..dengan perbelanjaan yang semakin bertambah, sewa rumah, bil air, bil api, pampers dan susu anak, belanja dapur, minyak motor dan pelbagai lagi..terasa duit gaji bulanan tu seperti air mencurah-curah ke jalan raya..sekejap ja dah menghilang..
Macam mana nak survive dengan gaji yang sedikit dan keluar hanya sebulan sekali? Seriously, mmg terasa tak mencukupi..di situ lah bermulanya dugaan kami sekeluarga..dahulu bahagia, ceria, saban hari berjalan berdua ke mana-mana, tak pernah duduk lekat kat umah..sejak dah ada tanggungan ne, mmg nak pegi shopping pon rasa berat hati..
Tidak! Aku tak pernah menolak rezeki comel yang Allah beri padaku di awal perkahwinan kami ini..aku tak pernah rasa menyesal, menyampah, merungut, tak pernah..cuma sesekali bila penat badan berkerja tak tertanggung, fikiran pun mula kusut dan amarah mula menghantui hati, apa lagi bila syaitan ikut menghasut.. Mmg tak dinafikan, kdg2 terkeluar juga omelan dari hati, penatlah..tak cukuplah..itu lah..ini lah.. Tapi sebenarnya, tu semua hanya bagai angin lalu..tak melekat pun di kalbu..tak terniat untuk berbicara sebegitu tapi aku cuma insan biasa, tak lepas dari silap dan salah..
Dan sekali lagi, si suami jadi tempat mengadu..segala beban yang ku rasa tak termampu dibendung, ku curahkan padanya semahuku...di saat itu baru kutahu, suamiku bukanlah segagah badang, mahupun sekebal pengamal ilmu hitam..dia juga insan biasa, lemah sepertiku..dia pon terasa kepenatan yang kutanggung, terasa ketidakcukupan yang kubingungkan, terasa ketidakmampuan yang dia telah berikan..kasihan pada suamiku..
Di sini, kumula mencorak azam baru, aku isterinya, aku penyokongnya, aku pelengkap tulangnya..aku patut lebih kuat darinya, aku patut lebih sabar darinya, aku patut lebih memahaminya..ya, aku patut jadi isteri yang sempurna bagi suamiku meski hidup kami serba kekurangan..kerana yang pasti, aku melengkapkan kehidupannya yang tidak sempurna itu..semoga kami berbahia selalu, di dunia n akhirat..amin ya rabbal alamin..

No comments:
Post a Comment