December 5, 2011

Kisah Dongeng

Rindu
Terkedu seketika
Bila mata mula menatap
Setiap bait kata yang terukir indah
Bibir tersenyum tanpa sedar
Air mata bakal peneman setia

Cinta
Ke mana kulontar dikau
Hati siapa yang menjadi empunya
Jauh di sudut benak daku bertanya
Adakah sinar di sebalik kisah duka?
Adakah senyum di sebalik kata dusta?

Bicara ini tiada akhirnya
Kerna rasa tiada penghujungnya
Lalu bagaimana ingin di lafaz pada yang nyata
Bila sang mimpi mula mencuri gelisah
Usah berdalih wahai puisi nista
Dikau adalah kisah dongeng sahaja

No comments:

Post a Comment