December 31, 2011

Ayam masak merah versi aku! ^^

Salam semua~ ritu kan aq da test satu resepi dr blog ne..Ayam Masak Merah Wangi...tapi masalahnya tem tu bahan2 x complete lak, then x sama sgtla dgn resepi tu..tp hasilnya, MARVELOUS!! Bg aq la..hihi, my baby pon kata sedap gilak...so, aq ingt nk share kt sini..spy next time aq bleh masak lg..hihihihi^^

Ne ayam still dalam kuali..^^


Bahan-bahannya:

~ 2 chicken breast (x sampai 2 gak aq masak)
~ 3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih ( dikisar halus tp aq kisar tak halus gak..)
~ 1 batang serai
~ 1 batang kulit kayu manis
~ 2 sudu besar sos cili Life (aq suka sos cili Life..hehe)
~ 1 biji kentang (dihiris nipis)
~ garam, asam jawa dan air secukupnya


Cara-caranya:

1. Gaul ayam dengan asam jawa dan garam. (Jangan letak asam banyak sangat nanti digoreng ayam jadi hitam.) Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, aq guna blender sebab tak da lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dipotong dua, kentang uyamg telah dipotong kecil dan sedikit air. Biarkan kentang lembut baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa. Boleh letak ajinomoto sedikit nak tambahkan perisa. Bila dah yakin sedap dan ayam dah masak, api boleh la dimatikan. Hidangkan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng atau apa-apa yang anda nak. Selamat mencuba..huhu ^^.




Ne pic ayam setelah masak...huhu^^




December 28, 2011

Apa aku nak 'aim' sebenarnya??

Salam semua~~ tadi aq view blog kazen aq..well, if nak compare between us sangatla bbeza..dia bagai tuan putri aq lak tuan diriku sendiri...hidup dia ditatang bagai air yang penuh aq lak bagai air yang terbuang sebab bekas air dah penuh (mcm pic kt bwh)......ntah apa da aq merepek ne..huhu

Aq xjumpa pic minyak jd aq wat pepatah use 'air' jak..hehe


Honestly, aq jeles ngan dia...kluarga best, ekonomi best, duit masyuk jak...study g tp dah ada keta sndri..aq ne, keja pon tak tentu..study lak, baru apply u...duit?? xpayah ceta la....wat malu jak... Hurm...tp aq sndri taw, aq xleh salahkn sapa2 pon...cuz diz is da life dat i choose...khidupan mcm ne yg aq rela tempuhi..khidupan mcm ne yg buat aq tsenyum happy..khidupan mcm ne yg buat aq tahu harga diri...kehidupan mcm ne yg bg aq smangat tuk pjuangkn niat di hati...

Well, ari tu aq kna interview...utk amek kos pendidikan mmg ada interview kn...so, aq try la jwb baik yg mungkin...bkn mnipu gak, bkn buat2 cerita..juz tell them bout myself, bout my life, bout my true story...tp aq kecewa sgt2......aq x tringat nak bagitaw kt para interviewer tu, benda yg paling penting yg patut aq bgtaw kt diorang...

Aq patot gtaw....apa 'aim' aq untuk jadi seorang pendidik....ya, aq patot gtaw kat diorang apa sebab sebenar aq nak jadi seorang pendidik...bukan sekadar digelar 'cikgu'..atau 'guru'.. Tak, aq tak dambakan gelaran tu...aq x kisah pon if anak2 murid aq panggil aq kakak....trasa gak muda sket..huhuhu^^


Ya...aq suka budak2! huhu....aq nk sgt dpt ank murid mcm upin, ipin dan kwn2 dia...cute bgt! Tapi, aq nk jd pendidik bukan sbb bdk2 cute....bkn jgk sbb dpt faedah mcm ckgu kt bwh ne.....


Sebab.....aq nak suma budak2 yg ada kt dunia ne taw membaca dan menulis...mungkin mcm simple jak 'aim' aq ne kn, ala....da nmanya jd 'cikgu' mesti la kna ajar budak2 membaca dan mnulis kn...n mgira la jgk... Tapi, berapa ramai guru2 yg bjaya buat semua tu?? Sebab until diz moment masih ada lagi anak Malaysia yang x reti nak membaca, menulis dan mengira...bahkan nama sendiri pun dia masih x reti nak tulis...nak eja pon x taw, nak tulis apanya.....isk3....sedih sungguh taw...

Nampak simple jak.....
Aq da pena rasa...jadi seorang guru (even guru ganti jak) yang punya anak murid yang tak tau macam mana nak tulis namanya sendiri...yang tak tau cmna nak baca namanya sendiri...yang tak tau, ada berapa bilangan huruf pada namanya sendiri...sedih taw, rasa mcm nak nanges tem tu bila tersedar...ada lagi budak2 yang tak kuasai 3M pada usia 10 tahun.... Dan, sejak detik itu...aq da pasang niat, aq nak pastikan takkan ada lagi budak2 kat Malaysia ne (law bole kt dunia ne la) yang x kuasai 3M pada usia 7 tahun! Aq kena pastikan...sebab aq seorang pendidik! Insya Allah......=)


December 5, 2011

Kisah Dongeng

Rindu
Terkedu seketika
Bila mata mula menatap
Setiap bait kata yang terukir indah
Bibir tersenyum tanpa sedar
Air mata bakal peneman setia

Cinta
Ke mana kulontar dikau
Hati siapa yang menjadi empunya
Jauh di sudut benak daku bertanya
Adakah sinar di sebalik kisah duka?
Adakah senyum di sebalik kata dusta?

Bicara ini tiada akhirnya
Kerna rasa tiada penghujungnya
Lalu bagaimana ingin di lafaz pada yang nyata
Bila sang mimpi mula mencuri gelisah
Usah berdalih wahai puisi nista
Dikau adalah kisah dongeng sahaja

December 2, 2011

What Should I Do..


Love..
Is just a matter of time
Just blink your eyes and it's gone in no time

Love..
Is just a matter of word
Just say hello and goodbye will follow

So tell me now..
What should i do
When i love u both
What should i do
When i lost in love
Oh..i don't know..
Really do not know..

What should i do
When love is just a dream of mine